TIPS PEMILIHAN TUDUNG DAN SELENDANG
Salam kawan-kawan yang manis dan bergaya...
Alhamdulilah.. Sekarang ni
rata-rata wanita sudah memakai Tudung.. Jadi cara Pemakaian tudung yang
bersesuaian bagi kalangan wanita akan menjadikan si pemakai kelihatan
lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya.
Di sini saya ingin berkongsi tips untuk golongan wanita untuk memilih Tudung yang sesuai.
Secara
asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor
penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya
pemakaian.
Tip 1:
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas(cotton), kain kasa(bawal)& Lycra .
Tip 2:
Jika anda memilih Tudung bercorak bunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.
Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contohnya: jika warna pink yang paling sedikit di baju anda, anda pilihlah tudung warna pink.
Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.
Tip 5:
Untuk
penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah
tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu,
kuning dan biru.
Tip6:
Elakkan memakai tudung yang berwarna gelap dan kusam bagi mengelakkan
anda dari kelihatan sudah berusia.
Tip 7:
Lagi..bagi anda yang wajahnya berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
bagi mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tip 8:
Bagi anda yang berkulit putih,disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk Nampak wajah yang lebih segar.
Elakkan memakai Tudung berwarna merah jambu,ia akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Tip 9:
Untuk
anda yang berkulit kuning langsat, seeloknya memakai tudung berwarna
biru, lavender dan pink bagi menyerlahkan lagi keserian wajah.
Elakkan memakai tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Tip 10:
Bagi
yang pemilik kulit sawo matang, di cadangkan memilih warna hijau dan
kuning ,anda kelihatan lebih cerah dan terang..Serius cantik!!
Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap,ia akan menampakkan wajah anda tidak kelihatan kusam.
Tip 11:
Last
Tips ,Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas
pinkan tudung…Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti
mengelembung.
Itula serba sedikit tips memilih tudung
yang dapat dikongsikan… Namun ia sekadar tips dan pendapat sahaja, ia
terpulang kepada anda sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak..
Yang pasti kita semua punya hak dan ingin sentiasa menjaga penampilan..
Dapatkan pilihan tudung-tudung dan selendang menarik hanya dari Iwani Collections. Call atau mesej untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 012-3558629
Quality will always be our priority..
Happy shopping!!!